Sunday, January 8, 2017

Tips Potty Train Anak 3 Tahun

Tahun Baru 2017. Setiap orang mesti ada azam yang nak dicapai. Aku? Banyak juga azam yang tertanam untuk tahun baru ni. Tapi biar aku jelah yang tahu.

Salah satu azam 2017 dah pun tercapai dalam masa 7 hari pertama tahun baru.

Eh?

Ye. Azam bersama anak untuk Potty Train dia. Hidup bebas Diapers. Kata nak pergi sekolah tahun depan ?

Syarat WAJIB yang perlu ada bagi anak yang nak POTTY TRAIN ni adalah SABAR MAK PAK. Mak Pak yang tak sabar akan menyebabkan proses tu memakan masa dan anak pun tertekan. Emosi anak tak stabil asyik nak kena marah - plus jadi takut nak buat salah.

TIPS :

1) Sabar separuh daripada Iman 
Jangan marah anak yang terkucil dalam seluar atau di atas lantai rumah. Mereka tidak tahu! 3 hari pertama memang AMAT MEMENATKAN!
2) Bercerita mengenai POTTY TRAIN dan inform anak situasi yang bakal dihadapi

3) Tipu la sikit sikit nak bagi Plan berjalan lancar 
Hari pertama Potty Train Yusuf aku beritahu dia yang diapers dia dah habis, no more, Daddy lupa beli. Melalak juga at first. Lepas tu aku bagi option sama ada dia nak pakai underpants ataupun pinjam diapers adik yang sai kecil kelemut tu. Dia perlu buat keputusan sebab masa tu dia naked. Maka dengan sedu sedan dia agree untuk pakai underpants. Diapers dia yang masih elok tak buka lagi tu aku simpan dalam stor supaya dia tak nampak! (walaupun diapers YUSUF dan HANNA sama packaging tapi anak aku Yusuf ni dah pandai tengok saiz pada packaging diapers tu maka dia dah boleh differentiate mana satu dia punya mana satu Hanna punya )
4) Bagi reward
Bagi anak anak reward sebagai motivasi mereka supaya lebih alert pada Potty Train!

5) Seluar dalam yang COOL! 
Jika anak anda mahukan seluar dalam Superheroes maka belikan. Jika mahukan seluar dalam motif haiwan maka belikan! Ini merupakan salah satu pencetus semangat anak anak untuk berjuang sehingga berjaya!
6) Atur anak ke tandas setiap 20 minit. 
Jika mereka tidak mahu, tanya anak anda sama ada mahu Shi Shi atau Poop setiap 20 minit!

Yusuf berjaya POTTY TRAIN dalam masa 5 hari! Alhamdulillah. 

Yang penting MAK atau PAK sila ambil cuti direct seminggu KHAS untuk kejadian ini. Atau yang mana mohon pengasuh yang tolong, silalah bagi REWARD pada pengasuh dek kerana POTTY TRAIN ni bukanlah kacang seperti yang korang ingat. Kalau jenis pengasuh tak sabar dan mak pak pun berkira taknak bagi LEBIH maka habislah anak korang kena bedal dek kerana karpet diorang hancing kena shi shi anak korang -- eh, korang mak pak pun rasa tak sabar dengan anak korang inikan pula orang luar, kan? Maka fikir fikirkanlah.

Hari Pertama : 9 seluar dalam habis kesemuanya dari pagi sampai petang. Terkencing dalam seluar dalam dan terpoop sekali. Alih alih berbau aje. Malam? Pakai diapers.
Hari Kedua : 7 seluar dalam habis eksemuanya dari pagi membawa ke malam. Nak tidur ku sarungkan diapers.
Hari Ketiga : 7 seluar dalam habis kesemuanya dari pagi sampai sebelum tidur. Sempat ke tandas untuk shi shi, ada masa yang tershi shi depan tandas. Ada masa seluar dalam basah tapi tak sempat basah sampai seluar.
Hari Keempat : Mejerit panggil Mummy nak POOP tapi mummy lambat berkejar maka tershi shi sekali atas lantai. Yang lain berjaya shi shi dan POOP dalam tandas.
Hari Kelima : Asal nak shi shi atau POOP dia beritahu Mummy. Bila mummy kelam kabut pantas bawa ke tandas dia pula yang gelak gelak. Relaks dah boleh shi shi dalam tandas tanpa bocor kat dalam seluar.
Hari Keenam : Dah taknak pakai diapers langsung. A Big Boy!

Selamat berjaya wahai Mak Mak dan Pak Pak yang penyayang.

http://www.mylivesignature.com/signatures/54493/178/8B82197905BB2D216461649788AF5214.png

No comments:

Post a Comment