Sunday, January 8, 2017

Tips Potty Train Anak 3 Tahun

Tahun Baru 2017. Setiap orang mesti ada azam yang nak dicapai. Aku? Banyak juga azam yang tertanam untuk tahun baru ni. Tapi biar aku jelah yang tahu.

Salah satu azam 2017 dah pun tercapai dalam masa 7 hari pertama tahun baru.

Eh?

Ye. Azam bersama anak untuk Potty Train dia. Hidup bebas Diapers. Kata nak pergi sekolah tahun depan ?

Syarat WAJIB yang perlu ada bagi anak yang nak POTTY TRAIN ni adalah SABAR MAK PAK. Mak Pak yang tak sabar akan menyebabkan proses tu memakan masa dan anak pun tertekan. Emosi anak tak stabil asyik nak kena marah - plus jadi takut nak buat salah.

TIPS :

1) Sabar separuh daripada Iman 
Jangan marah anak yang terkucil dalam seluar atau di atas lantai rumah. Mereka tidak tahu! 3 hari pertama memang AMAT MEMENATKAN!
2) Bercerita mengenai POTTY TRAIN dan inform anak situasi yang bakal dihadapi

3) Tipu la sikit sikit nak bagi Plan berjalan lancar 
Hari pertama Potty Train Yusuf aku beritahu dia yang diapers dia dah habis, no more, Daddy lupa beli. Melalak juga at first. Lepas tu aku bagi option sama ada dia nak pakai underpants ataupun pinjam diapers adik yang sai kecil kelemut tu. Dia perlu buat keputusan sebab masa tu dia naked. Maka dengan sedu sedan dia agree untuk pakai underpants. Diapers dia yang masih elok tak buka lagi tu aku simpan dalam stor supaya dia tak nampak! (walaupun diapers YUSUF dan HANNA sama packaging tapi anak aku Yusuf ni dah pandai tengok saiz pada packaging diapers tu maka dia dah boleh differentiate mana satu dia punya mana satu Hanna punya )
4) Bagi reward
Bagi anak anak reward sebagai motivasi mereka supaya lebih alert pada Potty Train!

5) Seluar dalam yang COOL! 
Jika anak anda mahukan seluar dalam Superheroes maka belikan. Jika mahukan seluar dalam motif haiwan maka belikan! Ini merupakan salah satu pencetus semangat anak anak untuk berjuang sehingga berjaya!
6) Atur anak ke tandas setiap 20 minit. 
Jika mereka tidak mahu, tanya anak anda sama ada mahu Shi Shi atau Poop setiap 20 minit!

Yusuf berjaya POTTY TRAIN dalam masa 5 hari! Alhamdulillah. 

Yang penting MAK atau PAK sila ambil cuti direct seminggu KHAS untuk kejadian ini. Atau yang mana mohon pengasuh yang tolong, silalah bagi REWARD pada pengasuh dek kerana POTTY TRAIN ni bukanlah kacang seperti yang korang ingat. Kalau jenis pengasuh tak sabar dan mak pak pun berkira taknak bagi LEBIH maka habislah anak korang kena bedal dek kerana karpet diorang hancing kena shi shi anak korang -- eh, korang mak pak pun rasa tak sabar dengan anak korang inikan pula orang luar, kan? Maka fikir fikirkanlah.

Hari Pertama : 9 seluar dalam habis kesemuanya dari pagi sampai petang. Terkencing dalam seluar dalam dan terpoop sekali. Alih alih berbau aje. Malam? Pakai diapers.
Hari Kedua : 7 seluar dalam habis eksemuanya dari pagi membawa ke malam. Nak tidur ku sarungkan diapers.
Hari Ketiga : 7 seluar dalam habis kesemuanya dari pagi sampai sebelum tidur. Sempat ke tandas untuk shi shi, ada masa yang tershi shi depan tandas. Ada masa seluar dalam basah tapi tak sempat basah sampai seluar.
Hari Keempat : Mejerit panggil Mummy nak POOP tapi mummy lambat berkejar maka tershi shi sekali atas lantai. Yang lain berjaya shi shi dan POOP dalam tandas.
Hari Kelima : Asal nak shi shi atau POOP dia beritahu Mummy. Bila mummy kelam kabut pantas bawa ke tandas dia pula yang gelak gelak. Relaks dah boleh shi shi dalam tandas tanpa bocor kat dalam seluar.
Hari Keenam : Dah taknak pakai diapers langsung. A Big Boy!

Selamat berjaya wahai Mak Mak dan Pak Pak yang penyayang.

http://www.mylivesignature.com/signatures/54493/178/8B82197905BB2D216461649788AF5214.png

Saturday, December 31, 2016

5 Hari 4 Malam DI Langkawi Bersama Infant Part 2

Untuk Part 1 sila rujuk link ini :  5 Hari 4 Malam Langkawi Part 1

HARI EMPAT

Pagi pagi lepas subuh aku dah bersiap. Unplanned nak makan Nasi Dagang Pak Malau yang dekat dengan Makam Mahsuri plus tepi sawah . Tapi disebabkan phone tak bercharge (plug in tak masuk masuk) maka ku cancel. Phone dengan bateri yang hanya nyawa nyawa ikan memang tak syok lah berjalan!

Kami decide untuk breakfast di Motel seperti biasa. 

Lepas breakfast terus Husband ajak ke Langkawi Wildlife Park. Perjalanan mengambil masa dalam 30 minit. Pagi, kami memang suka memulakan perjalanan kami pada waktu pagi - jalan tak sesak, tenang!

Kami melalui Temoyong disebabkan scenery yang cantik. Laut, Pulau, Air Laut.


Sampai di Wildlife Park memang senang dapat parking. Depan Lobby! Terus beli tiket dengan harga RM24 per adult. Datang awal ke WildlifePark ni untuk tengok pertunjukan buaya, helang dan memerang. Pertunjukan tu lebih kurang jam 11,30 pagi dan 12 tengahari.




Aku recommend Langkawi Wildlife Park ni pada sesiapa yang datang Langkawi bawa anak kecil. Fun, Bersih, Tersusun. Pengunjung diberi peluang untuk bagi makan kepada setiap haiwan yang ada. 


'







Lepas habis semua ami terus ke Pekan Kuah untuk Lunch.Kami terus ke Kompleks HIG - Haji Ismail Group. Makan di foodcourt HIG. Murah! Semangkuk soto berharga RM5. Otak otak kempas pun ada kat sini. Sate ikan ganu pun ada !

                                         


Datang ke Langkawi tak sah kalau tak memborong coklat.Lagi lagi bagi peminat coklat macam Hanna. Sila bawa duit yang berkepuk untuk tujuan ini sahaja! Di HIG aku tengok harga a bit low dari kedai lain. Ferrero Rocher kat sini RM1 sebijik. murah kan?

                               

Kami pulang ke motel untuk Solat dah refreshing. Anak anak pun perlu rehat.

Sepanjang 4 hari di Langkawi ni dan sepanjang perjalanan kami dari satu tempat ke satu tempat lagi lagi di sebelah Pekan Kuah, Tanjung Rhu dan Padang Matsirat banyak Abandoned Buildings. Aku macam pelik. Bangunan bangunan yang agak besar tapi ditinggalkan usang dan mereput. Kata husand aku, "MUNGKIN SUMPAHAN MAHSURI MASIH BERBAKI.' betul, beberapa biji Kilang ditutup dan ditinggalkan, bangunan tidak diurus dengan baik sehingga semak samun. Perasaan aku macam hiba dan semacam bila tengok abandoned buildings ni.

Petang dalam jam 4 petang kami ke Makam Mahsuri -- al maklum lah Langkawi ni kecil aje, pusing pusing jalan sama. Pemandangan ke Makam Mahsuri penuh dengan sawah padi. Cantik. Sampai di Makam Mahsuri aku decide untuk tidak masuk dan terus ke Pekan Kuah.

Kami ke Dataran Lang, yelah tak sah kalau tak bergambar dengan Mercu Tanda Langkawi kalau pertama kali sampai di sini! Maka ambil lah gambar sedas dua.





Terus kami ke Pasar Malam Pekan Kuah untuk tapau makanan. Malam ni dah nak bersiap packing segala sebab esok flight kami seawal jam 9 pagi.

Macam yang aku kata, makanan kat Langkawi ni murah murah!

udang lipan RM 5 sebekas


 satay ayam 50sen satay kaming RM4





HARI LIMA

Kami bertolak ke airport sekitar jam 7.15 pagi. Air Asia - queue dah panjang. MAS masih kosong.
Lepas drop luggage kami ke Marrybrown untuk breakfast.


Sampai di KLIA kami decide untuk naik ERL dan cab. Tambang cab dari KLIA ke mana mana destinasi sekarang mengikut meter dan bukan lagi flat rate RM70 seperti dulu.



Tambang ERL kami anak beranak ke Steen Putrajaya-Cyberjaya RM23. Tambang cab dari stesen ERLPutjayaa-cyberjaya ke Kajang pula RM36. Save banyak!

Kegembiraan anak? INFINITY.






http://www.mylivesignature.com/signatures/54493/178/8B82197905BB2D216461649788AF5214.png

Langkawi 5 Hari 4 Malam Bersama Infant Part 1

25hb Disember 2016 Ahad

Kami bertolak ke KLIA jam 3.00 petang. Tiba di KLIA jam 4.00 petang. Flight kami jam 6.15 petang. Awal? sebab kami fly dengan 2 ANAK KECIL -- seorang 3 tahun setengah serorang 1 tahun setengah.
|


Kami dah awal awal check in dari MOBILE APPS. 48 jam sebelum fly dan ALHAMDULILLAH dapat seat paling depan di bahagian ekonomi, 5A 5B 5C. Maka sampai airport kami hanya drop luggage. Time ni airport penuh dengan foreigner terutama nigger, mungkin balik bercuti krismas.




 Lepas 20 minit selesai proses drop luggage, kami terus ke Burger King di tingkat 2. Penuhkan perut anak anak dan aku jugek.

KUL-LGK by MAS kami dapat RM198 per person returns. Infant RM16 sahaja dan Yusuf 30% off.

Jam 5.00 petang kami ke balai berlepas. Kami yang dengan anak kecil siap stroller ni pelu awal dalam segala segi sebab SEMUA PROSES MELIBATKAN ANAK AKAN MEMAKAN MASA berbanding orang single lain. Custom check pun dah berapa minit sorang. Terus kami menuju ke surau untuk solat Asar. Masa tu jam menujukkan jam 5.20 petang. Aku masuk dulu - husband jaga anak. selesai aku solat, turn suami pula dan aku jaga anak kat luar.

Selesai semua kami terus ke Gate. Terus ke depan walaupun masa tu gate dah penuh dengan penumpang. Kami lepak di Priority Seat. Jam 6.15 petang kami boarding. Masuk kapal terbang, duduk, terus aku bukakan movie Boboboi dan Happy Feet bagi anak anak aku diam terutama Hanna. BTW, korang jangan lupa bawa earphone or earplug untuk anak anak lagi lagi flight yang less than sejam - airlines tak akan provide.




Jam 7.15 petang kami tiba di Langkawi, selesai pick up luggage semua kami ke Taxi Counter untuk cater cab/ RM 20 dari airport ke Pantai Cenang. (murah bagi yang pergi single dan berkumpulan!)



Kami book di Delta Motel & Resort Pantai Cenang. Betul betul bersebelahan Underwater world langkawi. Resort yang paling strategik untuk kami anak beranak -- senang access, senang cari makan, depan pantai, senang shopping. 




Harga semalam bagi Standard Room Delta Cenang ini adalah RM 180 bagi peak season / RM169 bagi low season. Ada beberapa pilihan bilik lain di Delta ni, Chalet 1 katil queen, Chalet 1 katil queen 1 katil single atau bilik family. Aku tempah bilik ini pun lepas belek belek di google maps tengok street view dan kawasan yang paling senang access. Lepas puas membelek kami call dan direct book.

Lepas selesai check in terus kami ke bilik (takde concierge ehhh, kau kena angkut sendiri luggage bagai semua). Puas hati. Bilik bersih, luas. Wangi. Takde kerak lumut kerak geli semua takde. Memang puas hati.


yang paling banyak swimming suit tersidai ni bilik kami. Tiap hari berendam.

Anak anak terus aku mandikan dan salin baju tidur. Selesai kami suami isteri solat, terus kami keluar cari makan. Masa tu jam 8.30 malam. Kami ke restoran betul betul sebelah motel, LAGENDA BOTAK MEE UDANG. Orang kata jangan pergi Langkawi masa peak season sebab nanti harga melampau tapi Langkawi ni takde lah sekejam mana. Pandai pandailah cari harga yang murah. Kalau nak cari tempat makan yang murah silalah ke warung atau restoran yang ada MENU DAN HARGA. Jangan pakai sebat aje! Kalau nak lagi puas hati makan lah di MARRYBROWN / McDONALDS / KFC / OLDTOWN yang memang kita dah tahu harganya takat mana.






Malam pertama kami makan NASI GORENG KAMPUNG + NASI PUTIH + DAGING MASAK MERAH + TELUR DADAR + NASI GORENG BIASA + SIRAP AIS 3 GELAS + LAICI AIS + TEH AIS. Semuanya RM24.50. Murahkan? Silalah try! Servis tiptop. Cepat gila, sedap pulak.

Lepas makan kami jalan alan di cenang street. Aku nampak pula makcik hindustan minum air longan dalam pada tengah panas dan kering tekak, cakap pada husband tolong tengok tengok sepanjang jalan kalau kalau ternampak orang jual air longan malangnya tak ada. Tak sampai 30 minit berjalan aku dah surrender ajak husband balik bilik. Penat tak hilang lagi.



HARI DUA

Lepas solat Subuh aku sambung tidur smpai anak anak bangun jam 7.30pagi. Terus tanpa anak anak mandi aku salinkan anak anak dengan swimming suit, ajak beakfast di dining area motel. Hari pertama kami breakfast nasi goreng, sandwich, orange juice, omelette -  tak berapa nak sedap tapi makan aje dah itu rezeki kami pagi tu. Asal perut kenyang. Nak sedap ikut tekak tak boleh jadi traveller lah macam ni - kata husband aku.






Dari dining area terus kami turun ke pantai. Motel kami ni buka pintu je nampak laut. Bayangkan betapa bestnya motel ni! Memang anak anak aku yang paling happy melangit. Buat sand castle, berendam. Cuaca masa kami bercuti di Langkawi ni agak redup dan tak sepanas hari hari biasa. Alhamdulillah, rezeki. Jam 10.30 kami naik ke bilik lepas anak anak both dah nampak letih.



Kami mandi dan berehat di hotel. Macam biasa Hanna nap sejam manakala Husband aku dan Yusuf ke KFC Cenang Mall untuk tapau Lunch. Alang alang kami ada voucher KFC maka pakai ajelah apa yang ada. At Least save budget Lunch untuk sehari.

Dalam jam 2.30pm lepas zohor dan selepas matahari dah condong sikit ke barat maka kami keluar ke Cenang Street. Kami tak ke Underwater World disebabkan kami dah pernah ke Aquaria KLCC maka rasanya tak berbaloi kalau masuk UWW ni.

Cenang street pada pandangan aku macam KUTA STREET. A few of restaurant kat sini pun alaskan meja dengan kain petak petak hitam putih ala ala bali. Maka kalau rindu Kuta boleh lah datang Langkawi. Cumanya ombak Langkawi tak sebesar Bali. Dan Langkawi tak sebersih Bali.



Dah settle jalan jalan cari jajan kat Cenang Street kami ke motel dan sambung mandi pantai. Aku sebagai mak agak suka pada Pantai Cenang ni disebabkan ombak yang tak berapa besar dan pantai yang landai dan pasir yang bukan fake macam kat Teluk Chempedak.Maka aku recommend Pantai Cenang untuk mak bapak yang nak bercuti dengan anak anak kecil.

Pukul 8.00 malam kami ke LAGENDA BOTAK MEE UDANG sekali lagi untuk dinner. Malam ni kami makan Tomyam + Nasi putih 3 pinggan + Daging Masak Merah + Telur Dadar + Sirap + Milo Ais + Teh Ais. Total RM27.50. Jam 9.00 malam kereta sewa kami tiba. Kami sewa VIVA dengan harga RM80 sehari. Waktu peak season ni kereta sewa agak mahal sekali ganda tapi disebabkan nak bercuti maka redho adalah yang terbaik.

Kereta ni pun kami minta hantar esok pagi tapi pemilik kata dia nak bagi pakai free malam tu maka SYUKURRRR.

HARI TIGA

Kami ke SkyCab seawal jam 9 pagi. Nasib baik time travel ni anak anak aku semuanya tidur awal dan jenis Morning Person. Jam 9 pagi lepas kenyang perut suka hati terus kami gerak ke SkyCab. Perjalanan mengambil masa dalam 25 minit.

 Kosong Queue kan???



Pesan aku, kalau jenis bercuti bawa anak kecil mulakanlah hari anda di awal pagi - waktu ni pun nak lenggang kangkung kat atas jalan pun relaks sebab kurang sangat kereta! Cuaca pun tenang, redup.

Tiba di SkyCab senang dapat parking. Terus ke Kaunter Tiket SkyCab. Dari parking area nak ke SkyCab kaunter tu haruslah berjalan kaki dalam 10 minit. Beli tiket pun tak perlu beratur sebab pagi tak ramai orang. Naik atas terus masuk Cab.

Bagi yang gayat mungkin Genting Skyway lebih selamat berbanding Skycab sebab kat sini agak curam. Dah lah curam berangin pula! Nak sampai ke puncak tu cable car tu bergoyang kiri dan kanan.



Sampai kat puncak dapat la tangkap gambar sedas dua. Dan kami beli gambar souvenir sekeluarga buat kenangan. Memang hobby beli gambar souvenir bersekali frame kalau bercuti kemana mana. Dari anak satu, perut memboyot lagi,  sampai ada anak 2. RM 50 bersekali fridge magnet.





Turun dari Cable Car dah penuh manusia di kaunter tiket dan beratur untuk naik cable car. Dan kami terus ke Bunny House. Kemain suka anak anak. Lepastu ke SkyRex. SkyDome tak sempat pergi dek kerana Hanna dah minta balik.



Yang tak best kat sini Nursing Room di Gound Floor tak disediakan. Very unfriendly. Agak sedih dan terus ajak husband balik sebab Hanna dah merengek.

Kami terus ke Pantai Cenang - sepanjang jalan pulang banyak kereta dari Pekan ke SkyCab. Masa tu dah 12 tengahari. Maka siapa yang nak naik cable car silalah berpagi pagian. Husband hanya tapau Lunch dari Warung Melayu di Cenang Street. 3 bungkus nasi dengan Lauk 2 ikan selar goreng + Asam Pedas Ikan Pari + Ikan Tenggiri Goreng + Sotong Masak Kicap + 2 bungkus Teh Ais berharga RM34.

Balik bilik terus melantak. Kenyang dan rehat lagi. Kami perlu banyak rehat dek kerana taknak anak buat hal sebab keletihan.

Jam 4.30pm kami ke pantai lagi. Berendam sampai anak anak surrender minta naik bilik.







Malam lepas maghrib kami ke Pekan Kuah melalui Jalan Temoyong. Terus ke Kuah Uptown untuk makan Char Kuey Teow.


Sebelum balik ke Motel kami tapau Nasi Beriyani 2 ketul ayam berharga RM7 dan Pulut Mangga RM5. Murah kan???

To Be Continued...

http://www.mylivesignature.com/signatures/54493/178/8B82197905BB2D216461649788AF5214.png